Amiraf Binti Zuki

Mira in the house!!!!
*wink wink*


Nama : Amiraf Binti Zuki

Umur : 25 Tahun 3 Bulan

Tugas Semasa : Capital Accounting Subsidiaries & Admin FS

Tempoh Berkhidmat : 2 Tahun 3 Bulan

Pengalaman di Unit/Bahagian : Pelbagai pengalaman yg sukar di ungkapkan

Memori Gembira Yang Tidak Dapat Dilupakan : Angan2 jenin saya menjadi satu kenyataan.. kihkih

Memori Duka Yang Terpalit Diingatan : Kehilangan ayahanda yg tersayang…

Pengalaman Ditemuduga : Gugup

Perbezaan TM Dulu dan Sekarang / Perbezaan zaman belajar dan zaman Bekerja : Tak der bezanyer, sbb sedang belaja dan bekerja dalam satu masa yg sama…

Hometown : Kg Salor, Pasir Mas, Kelantan

Status : Bujang

Tempoh Perkahwinan / Sasaran Tarikh Perkahwinan : Insya Allah, ada jodoh ada laa tarikh perkahwinannya.. tungguuuuuuu…

Tentang Keluarga : Kehilangan ayahanda yang tersayang 10 tahun yang lalu. Ibu pesara TM, baru bersara 15.03.2010.. anak ketiga dari 8 adik beradik, mempunyai 2 orang abg, 3 orang adik lelaki dan 2 orang adik perempuan.. sy beruntung sbb ramai hero dlm family… blh jadi bodyguard sy… hehehehe..

Perkara Yang Gemar Dilakukan Di Rumah : membaca

Hobi : Membaca & jalan2 sana sini… (Jauh perjalanan luas pengalaman kan kan)

Perkara Yang Paling Tidak Suka : Tiada kejujuran dlm sesuatu perkara

Fokus ketika zaman Persaraan : Menambah lagi ibadah dan ilmu agama utk di bawa ke akhirat kelak…

Impian Dalam Kehidupan : Ingin berjaya & bahagia dalam kehidupan yg di lalui dan matlamat yang ingin di kecapi..

Personaliti Yang memberi Inspirasi Ketika Di Pejabat : kawan2 rapat sy (cha, farah, diana n zai)

Ikon : Ibu saya….


BFF: best fren forever :)


bersama adik2 terchenta!


Family!!!

"us"

org2 kuat tiaranita ;)


Activity - Weekly

Assalamualaikum semua!!!

Jom kiter lihat activity yang diadakan pada setiap minggu.....


Stretching
Every Monday



English Day
Every Wednesday



Aerobic Class
Every Friday
nota kaki: Aerobic khas untuk ladies sahaja..sorry ya guys ;)



p/s: to all warga FS, jangan lupa janji temu kiter pada setiap hari isnin, rabu and jumaat!!


Appointment of New FS Committee Members for year 2011

Copied from email...

Salam Sejahtera Warga FS yang dihormati,

Dalam mengharungi arus perubahan yg serba rancak di FS, AJK baru telah dibentuk pada tahun ini bagi menyambung kesinambungan AJK terdahulu dalam mengekalkan suasana kerja yang kondusif dan selesa. Setelah mendapat persetujuan daripada pihak berkaitan, AJK baru (berkuatkuasa 1 FEB 2011) adalah seperti berikut:

FS Club Committee

Team Leader

Azlina Azizi

Asst Team Leader

Norhidaya Toroje

Storage Committee

Team Leader

Rosmazida Binti Ahmad Khariri

Asst Team Leader

Mazlan Ahmad

5S Committee

Team Leader

Nur Sarah Abdul Malek

Asst Team Leader

Hashimah Binti Abd Wahab

Asset Committee

Team Leader

Hanis Aziz

Asst Team Leader

Amiraf Binti Zuki


Di kesempatan ini, Warga FS merakamkan jutaan terima kasih kepada AJK tahun 2010 atas komitmen dah initiatif yang dijalankan. Diharapkan komitmen yang sama diberikan kepada AJK yang baru dilantik.

Perkara yang perlu diambil perhatian adalah seperti berikut:

1. Mantan AJK 2010 perlu menyerah kuasa (handover) kepada AJK 2011 (Baru) sebelum 24/2/2011. Proses penyerahan kuasa tertakluk kepada kesesuaian dan persetujuan kedua-dua belah pihak iaitu Mantan AJK dan AJK baru.

2. AJK baru perlu menyediakan laporan dan perancangan tahun 2011 dan dibentangkan dalam meeting pada 24/2/2011

3. Penasihat (Advisor) bagi setiap komittee berperanan memberi pandangan dan nasihat. Kuasa penggerak setiap komittee tertakluk kepada “Team Leader” masing-masing.

Diharapkan warga FS sekalian dapat memberikan kerjasama sewajarnya kepada AJK baru ini bagi membolehkan segala perancangan dapat dilaksanakan dengan lancar.

Bersama-samalah kita berganding bahu.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh

Yang berat sama dipikul, yang ringan dijinjing sama


p/s:(Sila rujuk lampiran untuk senarai penuh AJK 2011 yang telah diemel kan. xtau nk wat attachment kt cni..hehehe)

Terima Kasih Daun Keladi

6:46 PM Posted by FS Community 1 comments
Kepada Pn.Suhaily Hoseni, jutaan terima kasih diucapkan diatas jasa yang telah ditaburkan kepada warga FS sekalian. Jasa baik beliau tidak akan kami semua lupakan.

Nway, if senang2 meh la datang melawat kitorg disini...heeee~~~


Nama

Jawatan Baru

Suhaily Hoseni

Mgr,

Investor, Relations, Group Finance


Job Rotation

6:36 PM Posted by FS Community 1 comments
Kepada Nadiah, Haneda dan Nur Sarah, selamat menjalani tugas yang baru. Semoga tugasan yang baru ini mampu meningkatkan kemahiran dan kredibiliti masing-masing..

Dilampirkan adalah jawatan baru yang di sandang oleh mereka.

Nama

Jawatan Baru

Nadiah Idris

Asst. Manager, Mobikom & Petty Cash Services,

Fin. Services

Haneda Johari

Asst. Manager, Assets/Project Acc Corp Center 1,

Fin. Services

Nur Sarah Abdul Malek

Asst. Manager, Intercompany Non Trade Billing,

Fin. Services


Kepada warga FS yang lain, marilah kita sama2 memberikan sokongan padu berserta kerjasama yang utuh agar mereka dapat menjalani tugas dgn sempurna.

GOOD LUCK!!!!!

(^^,)

Congratulation!!!!!!

6:12 PM Posted by FS Community 2 comments
Alhamdullilah...

Sekalung tahniah kepada Suhaimi Mohd Nasir dan Megawati Ismail di atas perlantikan seperti dilampirkan.Semoga pelantikan ini menjadi pembakar semangat untuk lebih tekun berusaha bukan sahaja kepada mereka berdua malah kepada semua anggota.




Nama

Jawatan Baru

Suhaimi Mohd Nasir

Mgr,

Centralized Services,

Fin. Services

Nama

Jawatan Baru

Megawati Ismail

Asst. Mgr, AP Compliance & Central Monitoring, GCM, Fin. Services



p/s:chayok3..
:)

Get well soon Danial Isaac Hakimi (Nordiana's son)

Copied from email:

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Gambaran kehidupan orang yang beriman dari segi kasih sayang: saling bersimpati dan saling cinta mencintai samalah seperti anggota tubuh yang jika salah satu daripadanya mengadu kesakitan, ia melibatkan seluruh anggota lain yang tidak tidur malam dan demam.”

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Dalam kesibukan melaksanakan tugas dan kegembiraan untuk menyambut cuti 1TM akan datang, tanpa diduga rakan seperjuangan kita sedang bergelut dengan kebimbangan. Dimaklumkan bahawa cahaya mata pertama Puan Nordiana Omar, Financial Services, adik Danial Isaac Hakimi telah dimasukkan kedalamUnit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang, Selangor.

Adik Danial Isaac yang berusia kira-kira 5 bulan kini koma kerana demam panas dan terkena serangan sawan telah dimasukkan ke hospital tersebut pada pukul 5.45 petang, Ahad, 23hb Januari 2011. Oleh itu, sebagai rakan sekerja marilah kita bersama-sama mendoakan supaya adik Danial Isaac kembali sihat dengan sempurna seperti sedia-kala. Kepada warga Finance SSO yang beragama Islam, tuan / puan adalah digalakan untuk mengadakan Solat Hajat bagi mendoakan kesihatan dan kesejahteraan adik Danial Isaac.

Sekian dan Harap Maklum.

Terima Kasih

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Latest pic Daniel ketika berumur 4-5 bln.






Seluruh warga FS mendoakan agar adik Daniel cepat sembuh dan kembali sihat dan ceria seperti sedia kala.Aminn~~

Kepada Diana sekeluarga, semoga kalian semua tabah menghadapi dugaan ini.