Copied from email:
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Gambaran kehidupan orang yang beriman dari segi kasih sayang: saling bersimpati dan saling cinta mencintai samalah seperti anggota tubuh yang jika salah satu daripadanya mengadu kesakitan, ia melibatkan seluruh anggota lain yang tidak tidur malam dan demam.”
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,
Dalam kesibukan melaksanakan tugas dan kegembiraan untuk menyambut cuti 1TM akan datang, tanpa diduga rakan seperjuangan kita sedang bergelut dengan kebimbangan. Dimaklumkan bahawa cahaya mata pertama Puan Nordiana Omar, Financial Services, adik Danial Isaac Hakimi telah dimasukkan kedalamUnit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang, Selangor.
Adik Danial Isaac yang berusia kira-kira 5 bulan kini koma kerana demam panas dan terkena serangan sawan telah dimasukkan ke hospital tersebut pada pukul 5.45 petang, Ahad, 23hb Januari 2011. Oleh itu, sebagai rakan sekerja marilah kita bersama-sama mendoakan supaya adik Danial Isaac kembali sihat dengan sempurna seperti sedia-kala. Kepada warga Finance SSO yang beragama Islam, tuan / puan adalah digalakan untuk mengadakan Solat Hajat bagi mendoakan kesihatan dan kesejahteraan adik Danial Isaac.
Sekian dan Harap Maklum.
Terima Kasih
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Latest pic Daniel ketika berumur 4-5 bln.



Seluruh warga FS mendoakan agar adik Daniel cepat sembuh dan kembali sihat dan ceria seperti sedia kala.Aminn~~
Kepada Diana sekeluarga, semoga kalian semua tabah menghadapi dugaan ini.
Posted in
Staff Update
Alhamdullilah,bersyukur ke hadrat Illahi, tanggal 25 December 2010,Nooraida Jamil telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya iaitu saudara
Papepon, seluruh warga FS ingin mengucap kan selamat pengantin baru semoga kekal sepanjang hayat dan sentiasa berada dibawah keredhaan-Nya.Anyway kak aida, cepat2 dpt baby eh..hehhehe :)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Slot Mari Berkenalan Bersama Pengantin Baru by Nooraida Jamil
Pengantin Perempuan:
Nooraida Mohammad Jamil
CA, FS since Mac 2007
Grad UITM Bachelor in Acc (Hons) 2006
Anak no 2.. sibling ada 5 hometown pontian johor
Pengantin Lelaki:
Senior Acc Exec, HCM Arabia (office located at Libya)
Grad UITM Bachelor in Acc (Hons) 2006
Anak no 1 sibling ada 5, hometown Kulai Johor
Berkenalan sejak buat diploma di UITM Segamat.. tapi teman je.. mesra pun tak… sampai buat degree di UITM Shah Alam.. cinta bersemi setelah pertemuan semula setelah grad degree.. dah bekerja pun masa tue… jodoh.. rupa2nya didepan mata…Alhamdulillah…
Diijabkabulkan pada 25 December 2010 setelah 20 bulan mengikat tali pertunangan.. (26 April 2009) ;)
Harapan: semoga mahligai yg kami bina kekal bahagia hingga hujung nyawa.. diberkati dan dirahmati Ilahi.. aminn..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Inilah dia jejaka pilihan Nooraida Jamil, tersenyum lebar di hari bahagia beliau.

Sungguh terserlah seri pengantin kak aida..comeii!=D

Sama cantik sama padan,semoga kekal dunia akhirat.....

Si pengantin dikelilingi oleh CA team member.
Kepada kak aida, selamat melayari bahtera berumah tangga.Semoga bahagia selamanyaa..Kami seluruh warga FS mendoakan yang terbaik untuk kalian berdua....
Posted in
Staff Update
Copy paste from email, sbb xde idea nak tulis camne..hihihi :
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,
Warga Finance SSO Sekalian,
Sukacita dimaklumkan bahawa Pn Norshahimi Elyza Binti Mohd Yunus, Financial Services telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.8kg pada Isnin, 27hb Disember 2010 bersamaan dengan 21 Muharam 1432 Hijrah di Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
TAHNIAH diucapkan kepada Pn Norshahimi sekeluarga atas kelahiran anak sulungnya ini. Semoga kehadiran cahayamata ini akan menambahkan lagi keceriaan & kebahagiaan dalam kehidupan beliau sekeluargaJ
Finance SSO mendoakan agar Pn Norshahimi dan anaknya dalam keadaan sihat sejahtera serta semoga beliau dapat kembali bertugas seperti sediakala.
Terima kasih dan harap maklum.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
jom sama2 tgk aksi comel
Muhammad Affan Syahmi bin Mohd Shahril Naim

comeiinyer~~


lena btol adik affan tido =D
Seluruh warga FS mengucapkan sekalung tahniah pada Pn Norshahimi Elyza Binti Mohd Yunus a.k.a kak sha diatas kelahiran cahaya mata yg pertama,iaitu adik Muhammad Affan Syahmi bin Mohd Shahril Naim.
smoga kak sha and baby sihat selalu.Kami juga doakan agar baby Affan membesar dgn baik dan menjadi org yg berguna dan berjaya suatu hari nnt..Insyallah
=D
Posted in
Staff Update