Ustaz Ahmad Farid Bin Noor Affandi


Nama: Ahmad Farid Bin Noor Affandi

Umur: 24 Tahun

Tugas Semasa: Penjaga Asset TM

Tempoh Berkhidmat: Satu tahun sebulan

Pengalaman di Unit/Bahagian: Biasa2 je..baru setahun jagung. Belum ada lg pengalaman yg mencabar

Pengalaman Ditemuduga: Ok je. Sesi temuduga, saya cerita pasal kesedapan nasi kandar di Penang yg saya minat. Sampai penemuduga semangat nak pegi Penang.hehe

Perbezaan TM Dulu dan Sekarang / Perbezaan zaman belajar dan zaman Bekerja: TM dulu saya org luar, TM sekarang saya sebahagian dr TM. Zaman belajar enjoy je,zaman keje ada tanggungjawabnye.

Hometown: Penang tempat membesar, Klang tempat kelahiran. Saya bukan anak mami naaa..jgn buat leceeh..

Status: Bujang

Sasaran Tarikh Perkahwinan: Tahun depan. & kalau ada lg jodoh, 5 tahun akan dtg sekali lg, kalau ditakdirkan jugak ada lg jodoh, 10 tahun akan dtg..cukup la kot 3..hahaha…

Tentang Keluarga: Family yg sederhana..4 org adik beradik..3 laki sorang pompuan…saya no. 2…abg da kawin,ada sorang anak..anak die kawan baik saya…hehe..main je dgn saya..tido tak nak saya,sebab saya tak boleh produce su…mak die je boleh.

Perkara Yang Gemar Dilakukan Di Rumah: Gemar tido. Perlu rehat yg cukup supaya bila bekerja dpt produce output yg terbaik..

Hobi: Saya gemar tgok wayang bersama pakcik saya. Jgn dicontoh bg anak2 mude..sbb tgok wayang tak baik..saya tgok pun sbb tak ada bini,kalau ada bini saya tgok die la…heeee

Perkara Yang Paling Tidak Suka: Bongkak,sombong,’ujub & takabbur..minta dijauhkan sgt2

Fokus ketika zaman Persaraan: Pemikir yg memberi manfaat kepada family saya dan juga ummah..bekerjalah seperti akan hidup utk 100 tahun, beribadah la seperti esok akan mati.

Impian Dalam Kehidupan: Saya mengimpikan kehidupan yg sederhana, hidup senang melebihi kaya duit, berbakti semampu mungkin kpd ibu bapa, umur yg berkat, istri dan anak2 yg beriman, sentiasa mendapat hidayah ALLAH(hidayah terlalu mahal& bernilai), org yg sentiasa munsyukuri dgn perbuatan atas segala nikmat ALLAH, istiqamah dlm beribadah,menjadi org yang bermanafaat kpd ummah, dapat mati dgn mengucap kalimah syahadah.

Perkara yang paling ditakuti: Saya cukup takut jika ALLAH tarik hidayah yg telah diberikan. Hidayah ini juga adalah ilmu,maka berkongsi la ilmu dgn sesiapa sahaja. Sbb bila2 ALLAH boleh tarik balik.

Personaliti Yang memberi Inspirasi Ketika Di Pejabat : En. Radzuan(sbg org tinggi tp tidak malu dlm beragama), Pn. Mazihan(bos yg memahami dan bnyk bertoleransi), Pn. Norina(bersungguh dlm bekerja), Pn. Rosshariah(mentor,keotaian dlm function nya dan juga gajinye) & En. Md Rozi(bos pertama, mentor pertama dan very humble)

Ikutan Anda: masih sedang berusaha utk mengikut Sunnah Nabi Besar Muhammad SAW. Suka sy ingatkan zikir yg Nabi amalkan(aku redha ALLAH Tuhanku, aku redha Islam agamaku dan aku redha Muhammad sbg Nabi dan Rasul)boleh rujuk matsurat.

Akhir Kata: Kejarlah akhirat,kerana akhirat itu pasti. Berpada dlm mengejar dunia. yang baik itu dari ALLAH, yg buruk itu dari diri saya sendiri. Jika saya tersalah,tolong tegur saya dlm berhemah. Bersama kita mewujudkan bi’ah solehah di FIN SSO ini.