Get well soon Danial Isaac Hakimi (Nordiana's son)

Monday, January 24, 2011 5:12 PM Posted by FS Community

Copied from email:

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Gambaran kehidupan orang yang beriman dari segi kasih sayang: saling bersimpati dan saling cinta mencintai samalah seperti anggota tubuh yang jika salah satu daripadanya mengadu kesakitan, ia melibatkan seluruh anggota lain yang tidak tidur malam dan demam.”

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Dalam kesibukan melaksanakan tugas dan kegembiraan untuk menyambut cuti 1TM akan datang, tanpa diduga rakan seperjuangan kita sedang bergelut dengan kebimbangan. Dimaklumkan bahawa cahaya mata pertama Puan Nordiana Omar, Financial Services, adik Danial Isaac Hakimi telah dimasukkan kedalamUnit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang, Selangor.

Adik Danial Isaac yang berusia kira-kira 5 bulan kini koma kerana demam panas dan terkena serangan sawan telah dimasukkan ke hospital tersebut pada pukul 5.45 petang, Ahad, 23hb Januari 2011. Oleh itu, sebagai rakan sekerja marilah kita bersama-sama mendoakan supaya adik Danial Isaac kembali sihat dengan sempurna seperti sedia-kala. Kepada warga Finance SSO yang beragama Islam, tuan / puan adalah digalakan untuk mengadakan Solat Hajat bagi mendoakan kesihatan dan kesejahteraan adik Danial Isaac.

Sekian dan Harap Maklum.

Terima Kasih

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Latest pic Daniel ketika berumur 4-5 bln.






Seluruh warga FS mendoakan agar adik Daniel cepat sembuh dan kembali sihat dan ceria seperti sedia kala.Aminn~~

Kepada Diana sekeluarga, semoga kalian semua tabah menghadapi dugaan ini.



0 Response to "Get well soon Danial Isaac Hakimi (Nordiana's son)"

Post a Comment