Pn Asmah Hj Yahaya

Saturday, March 20, 2010 5:41 PM Posted by FS Community
Nama : Asmah Binti Hj. Yahaya
Umur : 55 Tahun
Tempoh Berkhidmat : 34 Tahun
Pengalaman Berkerja :
1976 – 1988 – PUSAT BANTUAN TELEFONIS ANTARABANGSA – Menyambungkan panggilan dari dalam Negeri ke Luar Negara.
1989 – 1990- UNIT GAJI – Proses Gaji Kawasan Negeri Sembilan dan Pulau Pinang secara Manual.
1991 - 1995 – UNIT CEK – Proses Cek Bayaran TM dan Cek Dividen Saham TM.
1996 – 1999 – UNIT OPERASI KEWANGAN – Proses Wang Tak DiTuntut TM, Proses Permohonan Panjar Wang Runcit, Proses Permohonan Kad Korprat, membuat Penyata Penyesuaian dan gantian cek Dividen Saham TM.
2000 – 2005 – UNIT PAYMENT BANK – Stop Payment Cek, Gantian Cek, Menyediakan Bank Draft bagi pelanggan Luar Negara, Menjawab semua surat-surat pelanggan mengenai cek yang telah dilupuskan, Wang Tak Dituntut dan Kaunter Pertanyaan
2006 – 2010 – UNIT INTERCOMPANY BILLING – Menyediakan Penyata Penyesuaian bagi semua anak Syarikat TM setiap bulan sebelum GEMS, posting invoice, credit memo dan debit memo. Print invoice, credit memo dan debit memo. Menyediakan surat “confirmation balance” untuk anak-anak syarikat yang memerlukan pada setiap hujung bulan dan hujung tahun untuk di Audit. Mengawasi ticket-ticket yang dilogkan ke GEMS pada setiap bulan samada ticket masih close atau masih open dan di email kan terus ke Pengurus untuk tindakan. Mengepos dan menghantar Invoices, SOA kepada anak-anak Syarikat TM setiap hujung bulan setelah penutupan akaun.
Memori Gembira Yang Tidak Dapat Dilupakan:
Tahun 1996 di anugerahkan Pekerja Cemerlang untuk bulan June.
Memori Duka Yang Terpalit Diingatan:
Dimarahi bos sedangkan tidak diberi latihan yang jelas sewaktu baru dinaikan pangkat.
Pengalaman Ditemuduga:
Pada mulanya seram sejuk juga tapi bila dapat menjawab soalan rasa terujalah pula.
Perbezaan TM Dulu dan Sekarang / Perbezaan zaman belajar dan zaman Bekerja:
TM dulu asalnya ialah Jabatan Telekom Malaysia memang jauh bezanya dulu kita tiada pesaing kita unggul kita menguasai seluruh pelanggan di Malaysia. Sekarang kita ada pesaing kita terpaksa fokus kehadapan dengan produk-produk yang lebih cangih. Alam belajar tiada fikir kewangan kita hanya menerima dari ibubapa dan bila bekerja semua hendak difikir untuk perbelanjaan.
Hometown : Bandaraya Bersejarah Melaka
Status : Berkahwin
Tempoh Perkahwinan : 34 Tahun
Tarikh Perkahwinan : 31/7/1976
Tentang Keluarga :
1st - Siti Noriza Umar (33 Thn+3 org cahaya mata)
2nd - Siti Norita Umar (32 Thn+4 org cahaya mata)
3rd - Mohd Razif Umar (27 Thn+3 org cahaya mata)
Perkara Yang Gemar Dilakukan Di Rumah : Suka membuat kebajikan menjadi AJK Persatuan Penduduk di kawasan perumahan.
Hobi : Memasak dan mencuba resepi-resepi yang luar biasa.
Perkara Yang Paling Tidak Suka : Bila membuat keputusan yang salah.
Fokus ketika zaman Persaraan : Fokus utama menunaikan Haji.
Impian Dalam Kehidupan : Menjadi Insan Yang Hidup Diberkati Disisi Allah Ta’ala.

0 Response to "Pn Asmah Hj Yahaya"

Post a Comment